Wednesday, 24 July 2013

Zaman & Kerajaan (Bahagian 1)

Permulaan Zaman Kuno

Penyatuan Mesir yang menandakan permulaan Zaman Kuno bermula sekitar 3100 SM Sebelum itu kuasa di Mesir Atas (Selatan) dan Mesir Bawah (Utara) dikuasai oleh pemerintah yang berlainan. Dengan penyatuan kedua jajahan ini, ia membenarkan sistem saliran pusat dan pengaliran perdagangan sepanjang sungai Nil. Dalam riwayat tradisi, penyatuan Mesir dikatakan dilakukan oleh pahlawan dari selatan yang bernama Narmer, firaun pertama yang berjaya menguasai seluruh Mesir utara sehingga ke delta Mediterranean. Kemungkinannya proses penyatuan tersebut berlaku secara perlahan-lahan, tetapi tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa kedua dinasti firaun berikutnya telah menguasai keseluruhan Mesir.


Kerajaan Lama

Kedua dinasti firaun Mesir kemudiannya digantikan oleh Zoser perkasa sekitar 2770 SM, firaun pertama bagi Dinasti Ketiga dan pengasas kepada Kerajaan Lama. Walaupun perbezaan antara sistem kerajaan Kerajaan Lama dengan sebelumnya tidak diketahui dengan jelas, ianya pasti bahawa pemerintahan Zoser memulakan tempoh pemerintahan raja mutlak dan kuasa negara yang lebih kukuh. Ini dapat dilihat dengan bukti bahawa Zoser memulakan pembinaapiramid pertama. Di bawah pemerintahan Zoser dan penggantinya Kerajaan Lama, kuasa firaun tidak terbatas. Firaun dianggap anak Dewa Matahari, dan secara adat akan mengahwini saudara perempuannya bagi mengekalkan darah keturunannya tulen. Tiada perbezaan antara politik an keagamaan wujud. Orang bawahan utama firaun adalah paderi, dan firaun sendiri merupakan ketua paderi.
Corak Kerajaan Lama adalah berasaskan polisi keamanan. Dari segi ini, ia adalah unik dikalangan negara silam. Firaun tidak memiliki askar sepenuh masa, dan tidak memiliki pasukan bersenjata kebangsaan. Setiap kawasan memiliki pasukan bersenjata sendiri tetapi ia diperintah oleh pegawai am, dan sekiranya dipangil bertugas, ia kebiasaannya bagi kerja awam. Bagi menangani ancaman serangan, unit tempatan berlainan akan digabungkan dibawah pemerintahan pegawai am firaun. Pada masa lain ketua kerajaan tidak mempunyai penguasaan diatas pasukan bersenjata.
Kerajaan Lama Mesir berpuas hati memerintah negara mereka sendiri. Keadaan ini wujud akibat negara Mesir yang terlindung dan terasing daripada pengaruh luar, memiliki tanah yang subur, dan pentadbiran kerajaan secara kerjasama dan bukannya secara peras-ugut .

Zaman Perantaraan Pertama

Setelah beberapa abad tenteram dan aman, Kerajaan Lama berakhir dengan kejatuhan Dinasti Keenam sekitar 2200 SM Ini disebabkan oleh beberapa sebab antaranya:-

  • Perbendaharaan negara muflis akibat projek besar-besaran firaun seperti pembinaan piramid.
  • Perubahan cuaca mengakibatkan kegagalan tanaman.
  • Bangsawan daerah yang mengambil kuasa semakin banyak sehinggakan kuasa pemerintahan pusat hampir lenyap.

Tempoh yang berikutnya dikenali sebagai Zaman Perantaraan Pertama. Keadaan huru-hara berleluasa dan keadaan anarki wujud. Kaum bangsawan membina pemerintahan mereka sendiri dan kekecohan politik diburukkan lagi oleh perompakan dari dalam dan oleh puak gurun. Zaman Peralihan pertama tidak berakhir sehingga kebangkitan Dinasti Kesebelas yang mengembalikan pemerintahan pusat sekitar 2050 SM dari pengkalannya di Thebes (Mesir Atas). Kebangkitan ini menandakan permulaan Kerajaan Pertengahan.

No comments:

Post a Comment