Wednesday 24 July 2013

Sumbangan Tamadun Mesir Purba

Seni Bina

Sumbangan utama tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia adalah dalam seni bina, iaitu piramid.
Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat penting kepada Firaun Djoser.
Jasa Imhotep yang paling besar ialah pembinaan piramid Sakkara. Piramid Sakkara ini merupakan piramid yang tertua dan binaan batu yang pertama di dunia. Piramid ini dibina untuk Firaun Djoser, iaitu firaun kedua pada dinasti ketiga. 

Beliau telah memperkenalkan teknik penbinaan bangunan dengan menggunakan batu bata. Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera. Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan. Sehingga hari ini kejayaan mereka masih dikagumi.



Kemajuan pendidikan serta penggunaan kertas

Pencapaian Mesir Purba memang terserlah dalam pembinaan tetapi yang lebih utama lagi ialah kemajuan pendidikan serta penggunaan kertas. Pencapaian ini merupakan hasil kepandaian orang Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil.

Pokok papyrus ini banyak tumbuh di lembah Nil. Orang Mesir Purba telah meleperkan batang-batang pokok ini menjadi kepingan sehingga mereka dapat menulis di atasnya.



Kemajuam dalam ilmu perubatan

Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah melahirkan pengamal perubatan. Mereka ini mendapat status yang tinggi dalam masyarakat Mesir Purba dan berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat. Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba. Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba.Tahap keilmuian dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan, dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.

Dokumen Perubatan Mesir Purba: 
Buku serta catatan tentang perubatan ini telah ditemui di dalam amkam Diraun Khufu dan catatan tentang perubatan yang tertua yang telah ditemui adalah pada tahun 1600 S.M. yang telah disalin beberapa kali oleh para jurutulis diraja sejak zaman-berzaman.


Pengetahuan dalam Bidang Astronomi & Matematik,Pengawalan aliran air Sungai Nil


Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan, dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.
Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung pada pengawalan aliran air Sungai Nil yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba. Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri, dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun. Pemerintahan Mesir Purba telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian. Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 km bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar. Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.

Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarka 12 bulan dalam setahun.
Kegemilangan sesuatu tamadun itu tidak akan dapat dinikmati dan diketahui oleh generasi akan datang sekiranya masyarakat Mesir Purba tidak meninggalkan warisann serta khazanah bangsanya untuk dikaji dan dipelajari. Tinggalan seperti bangunan, tulisan, dokumen, serta buku merupakan salah satu manifestasi kewujudan sebuah tamadun yang agung.




Tulisan

Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, hieroglif.

Hieroglif ialah tulisan awal Mesir dan merupakan tulisan bergambar. Tulisan ini berkembang ke tulisan hieratik, tulisan berangkai. Pada tahun 700 S.M., tulisan hieratik ini berkembang ke tulisan demotik.

Keagungan tamadun Mesir Purba dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan begitu cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.

Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih.








No comments:

Post a Comment